100

Kata Aluan

Status Terkini Program Diploma Eksekutif
          Program Diploma Eksekutif telah direkabentuk khas untuk golongan dewasa yang bekerja bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kerjaya. Jangkamasa pengajian adalah selama 15 bulan secara separuh masa berbanding pengajian Diploma Sepenuh Masa yang diiktiraf MQA (Malaysian Qualification Agency) yang mengambil masa selama 3 tahun. Program Diploma Eksekutif UUM tidak menyediakan lanjutan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di bawah UUM. Program Diploma Eksekutif UUM ini juga tidak mempunyai pilihan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda UUM. Program ini direka bentuk khas bagi tujuan menyediakan peluang pengajian tinggi kepada gogongan bekerja berdasakan pengalaman kerja yang berkaitan. Program ini diluluskan oleh Senat UUM dimana transkrip & skrol Eksekutif Diploma dianugerahkan oleh UUM. Konvokesyen juga dikelolakan oleh UUM.

Pilihan Lanjutan Akademik ke Ijazah Sarjana Muda / Sarjana Eksekutif
          ATC telah membuka ruang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Eksekutif dalam bidang Pengurusan melalui Asia E University (AeU) kepada pelajar yang berminat melanjutkan pengajian selepas Diploma Eksekutif UUM. Tempoh pengajian Ijazah Sarjana Muda Eksekutif dalam Pengurusan ini adalah selama 15 bulan. Setakat ini, pihak ATC telah menjalankan program ini hampir di semua cawangan dan mempunyai lebih 600 pelajar. Cawangan-cawangan yang menjalankan program ini adalah di Prai, Ipoh, Shah Alam, Kajang, Melaka, Seremban, Bintulu dan Lahad Datu. Kami juga merancang untuk memulakan kelas baru di Alor Setar, pada bulan Disember 2011 dan cawangan di Johor Bahru (Danga Bay) pada bulan Mei 2012.
          Selain daripada program Ijazah Sarjana Muda Eksekutif Pengurusan, kami juga menawarkan program Ijazah Sarjana Pengurusan sebagai laluan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Program Ijazah Sarjana Eksekutif ini disasarkan kepada pegawai pengurusan kanan di sesebuah syarikat.
          Berdasarkan fokus ATC yang lebih mengutamakan pendidikan sepanjang hayat kepada golongan dewasa yang bekerja, kami akan terus bekerjasama dengan industri dan universiti bagi menyediakan program-program yang relevan. Ianya direkabentuk khas bagi menyediakan tenaga kerja yang lebih kompeten di dalam industri seiring dengan agenda negara dalam mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berpendapatan tinggi.

Semoga anda cemerlang dalam program dan kerjaya masing-masing.

Terima kasih
Azrin Abdullah
Programme Counsellor