
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF UUM
Program Diploma Eksekutif telah direkabentuk dengan kerjasama Pusat Pembangunan Eksekutif Universiti Utara Malaysia khusus bagi para pekerja yang berminat untuk mempertingkatkan pengetahuan dan tahap kemahiran dalam bidang pekerjaan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan peluang kerjaya dan kenaikan pangkat dengan melatih para perserta supaya layak untuk memegang jawatan yang lebih tinggi dalam sesebuah organisasi.
a. Diploma Eksekutif Pentadbiran Pejabat
b. Diploma Eksekutif Pengurusan Pengilangan
c. Diploma Eksekutif Pengurusan Perladangan
d. Diploma Eksekutif Perniagaan & Kepimpinan
e. Diploma Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia
f. Diploma Eksekutif Rantaian Bekalan & Logistik
KEISTIMEWAAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF
~ Sukatan Pelajaran berdasarkan keperluan industri
~ Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkelulusan
~ Kelas pada hujung minggu
~ Peluang peningkatan dalam kerjaya
~ Penilaian melalui tugasan dan kerja kelas
~ Satu modul dikendalikan di UUM, Kedah
~ Satu seminar Industri di hotel / Pusat Peranginan
TEKNIK PENGAJARAN
~ Kajian kes, Perbincangan Kumpulan, Kuliah dan kuiz
JANGKA MASA KURSUS
~ 15 bulan
SYARAT KEMASUKAN
~ SPM dengan minima tiga tahun pengalaman bekerja*.
~ Kelayakaan akademik lain yang diiktiraf oleh UUM.
*Tertakluk syarat-syarat ditetapkan
KAEDAH PEMBAYARAN
~ KWSP /EPF
~ Bulanan / Monthly Instalment
~ Tunai / Cash
KULIAH
Kuliah diadakan pada hujung minggu
PENGANUGERAHAN DIPLOMA
Diploma Eksekutif Dianugerahkan Oleh Universiti Utara Malaysia
TENAGA PENGAJAR
Pengajar program adalah dari UUM dan profesional industri yang berkaitan.
MODUL DI UUM
Salah satu modul yang terpilih akan dikendalikan di kampus UUM, Sintok Kedah. Perserta akan menginap dua malam dan berpeluang untuk merasai suasana pembelajaran di Universiti.